Bagaimana untuk menukar Nama Recycle Bin kepada nama lain
Pasti anda rasa tidak berpuas hati kerana apabila anda ingin membuat sesuatu di pc anda sendiri tetapi anda tidak dapat melalukannya hanya kerana programmer tidak memberikan anda kemudahan itu .Katakan disuatu hari anda ingin menukar nama(rename) 'Recycle Bin' kepada 'Use Me' or Tong Sampah. Adakah anda mampu melakukannya? … Anda bernasib baik kali ini. Kerana saya akan beritahu bagaimana untuk rename atau menukar nama recycle bin anda:
1.Pergi ke registry dengan klik di Start menu -> run
2.Taip regedit
3.Pergi ke: HKEY_CLASSES_ROOT/CLSID/{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}
atau
Tekan CTRL+F dan kemudian taip {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E} di search box dan klik find next
4.Klik kanan di default dan klik Modify
5.Kemudian tukar nama Recycle Bin kepada apa-apa nama yang anda inginkan.
Selesai !!
Nota: Anda dinasihatkan berhati2 sebelum modify(mengubah) setting registry dan pastikan anda telah membuat backups
Bagaimana untuk Mengutamakan (Prioritize) Aplikasi Penting Anda
Kita selalu membuat pelbagai perkara dalam masa yang sama ketika menggunakan PC betul ? Tidak adil sekiranya anda kerugian CD ketika anda sedang burning lagu kesukaan anda hanya kerana pada masa yang sama anda sedang menonton movie atau cerita dan processor anda tidak mampu ambil load atau beban tersebut .
Ini cara penyelesaiannya :
1.Tekan CTRL-SHIFT-ESC.
2.Pergi ke tab kedua iaitu tab Processes
3.Klik kanan pada salah satu proses yang sedang aktif, anda akan dapat melihat pilihan Set Priority
4.Contohnya ketika sedang burn CD anda bolehlah setkan priority higher dan dengan ini tiada lagi CD yang akan terbazir . Happy?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment