Monday, January 11, 2010

Bagaimana Untuk Hantar File ke Lokasi Yang Anda Inginkan Hanya Dengan 1 Klik


Bagaimana jika saya beritahu anda tentang teknik yang membantu anda menghantar sesuatu file ke lokasi yang anda inginkan dengan Windows XP tanpa perlu pergi kemana-mana ? Menarik ?



Proses ini mudah. Anda boleh melakukannya dengan menetapkan lebih banyak lokasi pada pilihan Send To yang muncul bilamana anda klik kanan pada sesuatu file . Caranya ialah :

Pergi ke C:\Documents and Settings\User_name\SendTo
(Dimana User_Name ialah nama user name PC anda)
1. Didalam Folder tersebut terkandung dengan shortcuts untuk ke semua lokasi yang terdapat pada Send To menu anda.
2. Jika anda tidak mahu shortcut atau lokasi didalam Send To menu tersebut ,anda hanya perlu delete shortcut di dalam folder tersebut .

No comments:

Post a Comment