Monday, January 11, 2010

Bagaimana Untuk Hantar File ke Lokasi Yang Anda Inginkan Hanya Dengan 1 Klik


Bagaimana jika saya beritahu anda tentang teknik yang membantu anda menghantar sesuatu file ke lokasi yang anda inginkan dengan Windows XP tanpa perlu pergi kemana-mana ? Menarik ?



Proses ini mudah. Anda boleh melakukannya dengan menetapkan lebih banyak lokasi pada pilihan Send To yang muncul bilamana anda klik kanan pada sesuatu file . Caranya ialah :

Pergi ke C:\Documents and Settings\User_name\SendTo
(Dimana User_Name ialah nama user name PC anda)
1. Didalam Folder tersebut terkandung dengan shortcuts untuk ke semua lokasi yang terdapat pada Send To menu anda.
2. Jika anda tidak mahu shortcut atau lokasi didalam Send To menu tersebut ,anda hanya perlu delete shortcut di dalam folder tersebut .

Friday, January 8, 2010

Bagaimana untuk menukar Nama Recycle Bin kepada nama lain
Pasti anda rasa tidak berpuas hati kerana apabila anda ingin membuat sesuatu di pc anda sendiri tetapi anda tidak dapat melalukannya hanya kerana programmer tidak memberikan anda kemudahan itu .Katakan disuatu hari anda ingin menukar nama(rename) 'Recycle Bin' kepada 'Use Me' or Tong Sampah. Adakah anda mampu melakukannya? … Anda bernasib baik kali ini. Kerana saya akan beritahu bagaimana untuk rename atau menukar nama recycle bin anda:

1.Pergi ke registry dengan klik di Start menu -> run
2.Taip regedit
3.Pergi ke: HKEY_CLASSES_ROOT/CLSID/{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}
atau
Tekan CTRL+F dan kemudian taip {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E} di search box dan klik find next
4.Klik kanan di default dan klik Modify
5.Kemudian tukar nama Recycle Bin kepada apa-apa nama yang anda inginkan.
Selesai !!

Nota: Anda dinasihatkan berhati2 sebelum modify(mengubah) setting registry dan pastikan anda telah membuat backups

Bagaimana untuk Mengutamakan (Prioritize) Aplikasi Penting Anda
Kita selalu membuat pelbagai perkara dalam masa yang sama ketika menggunakan PC betul ? Tidak adil sekiranya anda kerugian CD ketika anda sedang burning lagu kesukaan anda hanya kerana pada masa yang sama anda sedang menonton movie atau cerita dan processor anda tidak mampu ambil load atau beban tersebut .
Ini cara penyelesaiannya :

1.Tekan CTRL-SHIFT-ESC.
2.Pergi ke tab kedua iaitu tab Processes
3.Klik kanan pada salah satu proses yang sedang aktif, anda akan dapat melihat pilihan Set Priority
4.Contohnya ketika sedang burn CD anda bolehlah setkan priority higher dan dengan ini tiada lagi CD yang akan terbazir . Happy?

Jadikan PC lebih menarik

Bagaimana Untuk Membuang Perisian yang tersembunyi ?

Andaikata anda hendak membuang atau mengeluarkan Windows Messenger, kerana tidak berguna dalam era penggunaan YM , G-Talks dan sebagainya sekarang. Bagaimana untuk melakukannya? Lagipun ia tidak terdapat dalam Add Remove Program di Control Panel.

1.Cari dan edit text file di c:\windows\inf\sysoc.inf atau
Pergi ke Windows folder
Cari Inf folder didalamnya (selalunya ia dalam keadaan hidden)
Kemudian cari sysoc.inf file
Buka file tersebut dan
2.Cari bagi perkataan hide dan delete. Jangan Delete perkataan lain yang terkandung.
3.Sekarang bolehlah anda pergi ke Add or Remove Programs di Control Panel
4.Pilih Add/Remove Windows Components dan disitu anda akan lihat software atau perisian yang tidak diperlukan. Bolehlah anda Uninstall.

Bagaimana Untuk Membuang Shortcut Arrows Bagi Memberikan Desktop Icons yang lebih menarik

Disini saya terangkan bagaimana untuk membuang shortcut arrow atau anak panah kecil yang ada ditepi shortcut anda .

Pergi ke registry dengan Start menu -> run dan taip regedit
1.Pergi ke HKEY_CLASSES_ROOT -> lnkfile
atau
tekan CTRL+F dan kemudian taip lnkfile dalam search box dan kemudian klik find next
2.Delete file bernama IsShortcut registry value.
Selepas selesai sila restart Windows XP.